Ads Top

Betul Ke Pakai Baju Kurung Dengan Blazer Menyalahi Kod Pemakaian Formal?


Korang pernah tak pakai baju kurung bersama blazer dan menghadiri upacara formal dan rasmi? Nampak macam bukan satu isu yanng besar bukan? Tetapi kalau korang nak tahu, ianya perlu dielakkan sama sekali. Baju kurung itu sendiri sudah cukup formal dan tidak perlu ditambah dengan memakai blazer. Baca dahulu penjelasan ini dan apa yang boleh digantikan dengan pemakaian blazer.

"Pilih satu sahaja gaya pemakaian, sama ada untuk memilih gaya pemakaian timur atau barat" 


"Baik, jika ia dipakai ketika bekerja di kubikal atau meja sendiri masih boleh dibenarkan"


"Pashmina atau selendang yang bagaimana ya?" 


Tips pemakaian blazer untuk majlis rasmi


Semua sedia maklum bahawa baju kurung itu adalah budaya timur dan juga  dianggap sebagai pakaian rasmi. Ianya menjadi satu trend dimana para guru memakai baju kurung bersama blazer dalam menghadiri majlis formal. Ianya harus dielakkan sama sekali.

Ianya tidak saah jika para guru mahu memakai blazer tetapi perlulah berpadanan dengan pakaian dan tahu akan etika pemakaian mengikut acara yang dihadiri. Kalau tersalah pilihan pemakaian, orang sekeliling akan anggap korang ini tidak serius!

Untuk acara formal, blazer atau jaket perlulah lebih panjang daripada ukuran blaus atau kemeja yang dipakai. Blazer pendek nampak lebih santai dan tidak sesuai untuk acara formal. Jika masih ragu-ragu, boleh digantikan dengan pashmina atau selendang sahaja. Pemilihan yang lebih selamat tetapi pastikan seledang itu tidak bercorak dan berwarna lembut. Harap perkongsian ini informatif dan berguna buat semua!

Tiada ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Dikuasakan oleh Blogger.